Pages

Tuesday, 31 December 2013

Bubye 2013 Welcome 2014

Wishing you a Heppy New Year 2014. Hahaha.. Dah meningkat tahun umur iols ni. Tp masih 2series.. Harap2 tahun 2014 ni dpt beri banyak kebahagian dan rahmat dari Allah S.W.T.

Begitu jua dengan uols.. Semoga hidup lebih diberkati..

Sunday, 29 December 2013

It's all about Wan Muhamad Arif Hakimi

Salam uols.. Lme btul tak bercerita psal anak bujang iols ni. ARIF.. sebenarnye kebanyakan cerita dye iols masukkan dalam 1 apps ni. Peekaboo Moments. Iols tak sure la uols pernah dengar ke x tentang ni. Benda ni mcm scrapbook for your baby. For each pic yg uols upload dye akan automatic tulis kt ctu the exact umur of your child. Pic tu uols boleh letak any remarks or caption. Boleh share terus ke fb. Not bad la.

And my baby's personal website is http://arif.ismyheart.com. It's really cool. Klu uols nk tengok gambar2 Arif sejak dr lahir ada kt ctu. Klu berminat blh download it from: http://peekaboomoments.com/download. Then anak kite boleh jd buddy. Jgn lupe add anak iols sbg buddy anak2 uols.. Boleh sharing2..

Ok uols.. C yea.. Bubye.. Ni ada gmbr Arif y latest. 2y8m..

Kurniaan Illahi

     Assalam semua...hm..da lme iols tak mengupdate post blog ni kn..Yela uols..Alhamdulillah iols mengandung. InsyaAllah anak ke-2. Iols ni klu mengandung,meroyan orang sekeliling.. Yela. Mane tak nye. Ms tu lah muntah2..loya2.. Kerja pn asik2 MC jer.. Masak pn tidak. Kemas rumah pn tidak.. Mau tak meroyan dorg? Alhamdulillah dah cukup 12minggu. Selesai trimester pertama. Iols masih muntah2. Tp da kurang dengan bantuan Mealshake Shakelee. Alhamdulillah syukur.. Iols da blh uruskan ank. Cuma rumah je xboleh urus lg.

   Pagi semalam iols basuh bilik air. Habis 1hari iols flat. Kepenatan. Hahaha.. Beruntung uols yg x kena morning sickness. Mesti uols rs nk mengndung je. Nasib baik iols dapat suami penyayang..sabar.. Dye la yg tlg iols uruskn rumah n anak. Kesian hubby. Tp klu ada ms dye kepenatan bebel jg dye. Biasalah manusia xde yg sempurna. Kn uols??

    Nak cerita pasal bakal abg long.. Betul la orang ckap. Pembawakan nk jd abg. Macam2 ragam Arif buat kt mommy dye ni. Dah pandai rotan mommy, marah mommy. Sampi ada 1 hri tu mommy nangis sebab kna buli dengan abg long.huhu..huhu.. :'( Tapi yela kan..anak..nakal2 dye pn tetap permata hati kite..ye tak? Tp yg peliknye, elok pulak Arif dgn si ayah. Tgh mengamuk2 dengan mommy, ble ayah balik dr kerja elok plak dye pergi tegur si ayah.. Mommy ni sedih pn ade.. Kelakar pn ada.huuhuu..haha.. Mommy harap Arif blh jd abg yg baik.. Yg boleh jaga adik..sayang adik..

   Adeh... Sakit pulak belakang iols ni.. Oklah uols.. Iols nk berehat. Kte jmpe next n3 ye. Harap2 kandungan ni sihat sempurna ckup segalanya sifat dan soleh/solehah. AMINN...

Wednesday, 9 October 2013

Need To Spread My Love

Hi uols..Hmm..da masuk oktober kan? Kejap je..Lagi beberapa bulan dah masuk tahun 2014.

Haish... Love..Love...Love.. Beruntung kan kalau ada antara uols yang saling sayang menyayangi.. Saling meluah, menyebarkan rasa sayang kat org yg uols syg. Memberi dan menerima kasih sayang adalah sesuatu yang indah. Normal bg prm untuk meluahkan rasa sayang dan cinta dari perkataan atau perbuatan. Tp tak semua lelaki yang boleh melakukan itu. Apa jadi pd perempuan yang ingin meluahkan rasa cinta itu tapi tak dibalas and even tak diterima oleh org yg disayangnya tu? Hidup perempuan itu semestinya kosong..

Mmm...i need to spread my love....

Tak nak cakap byk2 lah.. Sedih... :'(

Tuesday, 24 September 2013

Potluck II

Salam uols..hah!! Hr ni iols nk update pasal potluck..uols nk tau ape yg iols masak?tadaaaa...

Kebetulan... Hari Ahad tu iols terjumpe tepung utk kuih tako tu kt rak dapur. Iols pn ape lg.Benda paling senang...n kebetulan jg bekas pon ada.. Memang rezeki dorg la makan kuih tako.. So semalam berlangsung lah majlis potluck kami.. Byk n bermacam2 makanan yg ada. Yg paling best rendang ayam wife shahrul buat. Wife dye mmg rajun. Hr tu bawa makaroni goreng. Fuhh..untung shahrul dpt dye. N desert Aini pun sedap.. Puding mangga. Ada mangga fresh giteww.. Iols pny kuih tako pun sedap okay..ramai yg puji..hihi.. So ni ad gmbr yg smpt iols snap b4 ngapp.. Yg hijau2 tu ofkoz iols punyeee.. Ok dears.. Kte citer lg next event k. See yea.. Bubbye ;D

Sunday, 22 September 2013

Potluck

Hye uols.. Uols tau x ape itu potluck. Actually iols pn bru tau tahun lps. Is that funny?? Hehe.. Yg iols tahu potluck ni beberapa individu akan bawa at least 1jenis masakn yg dibawa dari rumah. Contohnya dalam kelas 6A, Ali bawa rendang ayam, Siti bawa pulut kuning, Rashid bawa kuih karipap dan setiap orang dalam kelas 6A tu bawa sekurang2nya 1jenis masakan or makanan yg lain..haa... Camtu la potluck tu uols..

Esok kawan2 opis iols nk buat potluck.. So sad iols still xboleh fikir nak bw ape. Disebabkan iols mc last week.. Zura yg sampaikan hal ni. Dorg da discus masing2 ad yg bw sandwich,bihun goreng,puding,nugget, ice-cream.. iols nk bw ape plk ye.Zura ckap bw yg simple2 je.. Tp disebabkan iols not feeling well last week, so iols diberi kelonggaran xyah masak.makan je.Hahahaha... Indah dunia..

But still malu what..at least iols ad la bw 1jenis. Hmm..tp ape ye...klu iols bw air gas ok x..hihi..senangnya hidup iols..anyway iols still thinking what is the best thing iols can bring tomorrow.. Tgk je la esok. Apa yg iols bw.silap2 bawa pewot je..hahahaha...

K dears.. See yea.. Bubbye :D

Saturday, 21 September 2013

Tarikh Lahir Lelaki Mengikut Zodiak


Hi uols.. Jom kita usha tarikh lahir dan peribadi orang tersayang kita. Mana tau boleh jadi orang yg terbaik disisi si dia.. :p

LEO 9 (24 JULAI - 23 OGOS)
  • Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).
  • Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
  • WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak.
VIRGO ( 24 OGOS - 23 SEPTEMBER )
  • Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, cengeng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
  • Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)
  • WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
LIBRA ( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER )
  • Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.
  • Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself!
  • WARNING: So bila nak date.. pakai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.
SCORPIO ( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER )
  • Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
  • Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.
  • WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning).
SAGITARIUS ( 23 NOVEMBER - 21 DISEMBER )
  • Orangnya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous.
  • Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? canoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan...
  • WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.
CAPRICORN ( 22 DISEMBER - 20 JANUARI )
  • Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.
  • Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal!
  • WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...
AQUARIUS ( 21 JANUARI - 19 FEBRUARI )
  • Orangnya: Pijak semut tak mati..
  • Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u.
  • WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..huhu..
PISCES ( 20 FEBRUARI - 20 MAC )
  • Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
  • Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
  • WARNING: Diorang tak suka macam belacan!
ARIES ( 21 MAC - 20 APRIL ) My Hubby :p and it was TRUE!!
  • Orangnya: Anak mak! smart mamat intelligent.
  • Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya..
  • WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgnlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.
TAURUS ( 21 APRIL - 21 MEI )
  • Orangnya: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
  • Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
  • WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...
GEMINI ( 22 MEI - 21 JUN )
  • Orangnya: Gemuk?! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya.
  • Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
  • WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.
CANCER ( 22 JUN - 23 JULAI )
  • Orangnya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
  • Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
  • WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..sindri mau ingat ler..
 Apapun jangan terlalu bergantung dengan info ni. Kita lebih mengenali si dia. Tak semua manusia boleh dinilai. Just jadikan ini sebagai panduan okay.. 

Ok dears, see yea.. Bubbye :D



Diuji Allah Akan Nikmat Kesihatan

Assalamualaikum uols.. Setelah lama tak meluah perasaan.. Akhirnya hari ni tercapai gak. Sebab... kt opis iols xsure kenapa blogger.com lambat gile loading dye.Hari2 iols frust tunggu nak post apa yang tersirat dihati ni. Dan... Nasib x baik jg.laptop iols kt umah pulak rosak..What the...?! So syukur my lovely husband willing to repair this laptop and support everything. So, iols boleh la memulakan cerita yang terpendam ni.. Hahaha.. Loooveee U sooo much sayang. Muaahh!!

Ok. Nak dimulakan cerita... iols baru je baik dari siksa keracunan makanan yang iols agak dr tepung yang dah xpired!! Ish2.. ape yg iols buat ni.... on last Tue, iols teringin sgt nk mkn cendawan goreng tepung and for the tepung, iols need 'tepung beras' so iols start looking to my drawer at the kitchen. Yes, I found it! but, it was xpired almost 5days. tapi, disebabkan iols terignin sangat, iols guna je sbb bukan byk pun guna. Dalam 3sudu camtu plus tepung gandum.

Siap masak..iols pun makan dengan nikmatnya. Arif pun makan anak iols yg skrg dah umur 2thn6bln. Tp disebabkan dye xmakan banyak so Alhamdulillah dye sihat wala'fiat. Syukur kehadrat Illahi. Tp iols ni la yg muntah2 start dr pkul 1pg u know... dah la iols kerja masuk opis 5.30 pg. Disebabkan da byk yg keluar so bdn iols lemah. Ajak my husband pg klinik. Doc cakap it was too much bacteria in my body n urine. oh God! Bless me...

Iols xboleh bgn for 3days. the next day, on Sat. i feel better. iols da mula terjerit2 kt Arif yg sekarang makin makin bijak mengurus keadaan rumah supaya jadi tongkang pecah! Ariff!! Help mommy please!!. Hehe..

Today was my 5th day. iols feel..feel..better. That's why iols post this article. Hehehe.. Anyway please.. take care of your healthy especially for food. arrkk.. iols harap it was the last time. Thank God Allah for bring me back my health.

Ok dear.. Thanks a lot for your time. See ya!! Bubye :D


Monday, 1 April 2013

Fiesta Belon Udara Putrajaya 28-31 Mac 2013

 Woww... last weekend ada Fiesta Belon Udara Putrajaya. Yang bestnye ktorg pergi 2 hari.. Haha.. Hari Sabtu 30 Mac tu kitorang singgah je. Balik dari kenduri kahwin kawan abg. Kenduri kt Bangi. So balik tu lalu then aku ajak singgah sane saje cari makanan. Kitorang sampai dah petang.

Masa ni tengah cari parking tak jumpa2. Biasala kalau da nama event ni, parking tu kira nasib lah kan.. Pusing punya pusing akhirnya dapat la parking..






Haha..pakai baju kurung sebab balik dr kenduri kahwin. Hari ni tak banyak gambar aku snap.. pergi sekadar jenguk2 je. Kalau agak2 best, esok g lagi. Hehehe..

Kami jalan2..Usha2.. Hm..best jg. So kitorang decide nak datang lagi esoknye. Hari ni letih sobab den pakai wedges..susah nak jalan kt batu2..


Esoknye, dengan semangat bangun pagi.. Jomm... Kita pergi Putrajaya..!! Arif memang seronok la dia asalkan keluar dari rumah tu. Huhu..

Sampai sana, haruslah cri makanan. tempat makan penuh. Kebetulan hujan selebat2nya dan ktorang tak dapat tempat duduk. Tp yela, kalau da bawa budak ni..mcm2 perangai. boleh dia baring kat lantai n pegang kaki orang.. Ya Allah.. Masa tu malunya aku Allah je yang tau. NAsib ms tu hujan dah berhenti n ada 1 couple ni bgn trus bg kitorang duduk. Haaaa... pandai gk Arif ni..Hahahaha.. So kitorang dapat duduk n abg shopping mkanan n makan la puas2 dye.








Lepas makan ktorang g la jalan2 tengok belon. Macam2 belon ada.. Macam2 aktiviti ada. Tp masa tu jalan basah sebab baru lepas hujan. So x banyak belon yang terbang sebab masing2 baru nak get ready untuk terbang..






Thursday, 28 March 2013

First Time Arif Gunting Rambut

Assalam...

Tanggal 24/4/2012 adalah hari 1st time Arif gunting rambut lepas 2Thun usianya. Dulu cukur jambul bkn botak pun. gunting sikit2 je pun. Rambut dah panjang gile sampai da tutup mata, telinga. Belakang pn dah lepas pangkal leher. Kesian pulak aku tengok tergaru2.

Hari tu semua family aku berkumpul kat kg. Terlintas lah kt fikiran aku kalau2 ada antara ank2 buah aku yang tahu gunting rambut. Elok pulak tu Angah anak A.Lan tau gunting. Hm.. Ape lagi. Aku amik kesempatan lah. Confirm free. Hahaha..

Mula2 nk gunting tu cuak jg aku takut dia mengamuk. Tp alhamdulillah. Yelah, dia pun dah besar. Elok je dia duduk Angah gunting rambut.Tp jenuh jg la Angah nk gunting. Kejap2 pusing.. Sampai 2 tempat la menggunting tu.. huhu..

Tp lps gunting dah tak comel daaa...huhu.. Jom usha gambar si kecik tu..

                                                    Yang ni gambar sebelum



 Yang ni masa tengah gunting rambut. Dah siap dah tu. Tinggal touch up je lg. Buruk plk tengok.. Hehe





Thursday, 21 March 2013

Ya Allah.. Panjangkan Usia Abah

2 hari lepas (Rabu) lebih kurang jam 9malam. Makcik call gtau abah kene tahan. Darah tinggi abah naik. Terkejut..Menggigil.. Makcik cakap abah admitted petang tu. Ya Allah.. Sembuhkan lah Abah. Tu jelah yg keluar dari mulut aku malam tu.

Keesokan hari aku minta halfday untuk melawat abah kt Hospital Sg. Buloh. Pukul 1.30ptg kami sampai hospital dan Kak Ani, Abg Arshad dan Kak Aton dah ada. Terkejut melihat keadaan abah yang bersumbat wayar sana sini.. Tp sedikit lega melihat senyuman abah yang menyambut kejadiran anak2 dan menantu2 tersayang. Berselera abah makan kak Ani cerita.

Dengar kata tekanan darah abah dah normal..Lega hati ni. Tp yang tak besh nye bile dengar masalah jantung abah. Doktor kata kne tranfer ke IJN tp abah tak nak sebab jauh. Susah ank2 nk berulang. Sekarang ni kami hanya berdoa semoga abah cepat sembuh. Nasib baik ada makcik boleh jaga abah. Tulah, lebih baik kite kawin kan ayah kita. Jangan bagi dia hidup sorang lpas mak kite tak de. Kalau jadi apa2 senang ada orang nak jaga :)

Hari ni aku bercadang nak tengok abah. Tak taulah mcm mana keadaan dye hari ni.

Abah... Syila doakan abah cepat sembuh dan cepat balik rumah. Jiran2 mesti tertanya2 mana pak imam ni tak datang2 ke masjid. Klu ada org nk bayar fidyah ke..mcm mne. Abah cepat la sembuh je..

Ni lah abah aku :)


                                                              Alahai..cucu atok :)

Monday, 18 March 2013

Kalau Dah Bukan Rezeki...

Assalam kepada pembaca.. Ada pembaca ke blog aku ni??.. Hehe. Neway spe yg sudi jenguk ni aku berterima kasih sangat lah..

Aku nk story cket la. Nasib kurang baik tekak aku ni. Dua hari berturut2 aku tak dapat makanan yang aku idam2kan. Storynye cenggini.. Hari Jumaat minggu lpas. Ada sorang opismate aku lastday. So kitorang wt la farewell kt pizza. Kitorang g 2 kereta ke pizzahut. Aku ingatkan makan tu order set la yang utk beberapa orang..Rupenye 1 kereta yg sampai dulu tu order menu set persendirian. Individu la maknenye kan... Kitorang yg baru sampai ni trus la follow order individual set.

Lepas 15minit, order dorang pun sampai. Bulat jela mata aku ni nengok makanan dorang. Next 15minutes waitressdatang confirmkan balik order kami. Dalam 10minit waitress datang bawa menu Zura dan Kak Ida. Kitorang pun da blur2 kenapa aku pny xdapt lg sedangkan menu kami sama. Nak dijadikan cerita, lepas kawan2 aku dah habis makan, menu aku xsampai2 dan waitress tu datang balik cakap menu aku dorang xmasak. WHATT??? Kau buat lawak ke? Tp aku xde la mengamuk. Cool la.. Malu ngamuk depan kawan2 ni. Aku cuma dapat Air dan kentang. Nasi aku tak dapat. Nasib baik waitress tu tak kira menu aku. So aku boleh la maafkan dia.

Yang aku betul2 tak boleh sabar, Ahad minggu yg sama. Hubby ajak dinner. Wahh...!! Seronok xterkata dan aku plan nk g kedai restoran Kawanku yg selalu Hubby makan dinner waktu OT jaga concrete. Kami Order air tembikai, Bancau, Ikan siakap, kerang bakar, sup cendawan, telur dadar. Lepas 1jam cuma air dan kerang bakar yang xcukup bakar yg sampai. Orang sebelah yang sampai kemudian dr kami dah nk habis melantak.. Haishh.. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Tunggu lg setengah jam tak sampai2. Lastly, Arif muntah atas baju aku dan FINE!! memang ms aku utk mengamuk. Kerang mentah..makanan xsampai.. "OK dik, menu yg kitorang order td CANCEL!! Marah aku ms tu Allah je yg tau. 2jam tunggu tak dapat ape2. Aleh2 balik mkn burger kt kedai bawah rumah. Senang dan jimat duit. Itupun air tembikai, teh o ais n kerang je dah cecah RM12.40. EE..ikutkn hati xnk halal je.. Ingt senang ke meniaga ni makan duit orang. HUH!!

OK, C U then :)

Thanks for reading...